|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Penafian
Universiti Putra Malaysia & Bahagian Antarabangsa UPM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan mana- mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.
|
|
|
|
|
|
Mesej Dari Ketua Bahagian Antarabangsa
Terima kasih kerana melawat laman web Bahagian Antarabangsa (IO). Kami mengalu-alukan kehadiran semua pelajar antarabangsa di Universiti Putra Malaysia (UPM). Laman web ini menyediakan maklumat mengenai perkhidmatan bukan akademik yang ditawarkan oleh IO dan pelbagai panduan sebagai persediaan para pelajar antarabangsa untuk datang ke UPM dan tinggal di Malaysia. Bagi memastikan para pelajar menjalani kehidupan yang lebih bermakna di UPM, IO turut menganjurkan program-program penyesuaian dan pembangunan diri untuk pelajar antarabangsa serta keluarga mereka yang sekali gus menggalakkan interaksi dan integrasi dengan warga UPM. Dalam menyokong misi pengantarabangsaan UPM, IO bertanggungjawab menguruskan dan menyelaraskan program pertukaran pelajar, program pengajian tanpa bergraduat serta program sangkutan staf dengan universiti-universiti antarabangsa. Staf IO bersedia membantu anda dalam perkhidmatan yang dinyatakan di atas. Kami ingin mengalu-alukan cadangan anda dan cadangan tersebut bolehlah dihantar ke iro@admin.upm.edu.my
Sekian.
Nor Adida Abd. Khalid (Puan)
Ketua Bahagian Antarabangsa
Universiti Putra Malaysia
|
|